Rakam video guna lagu duet dengan Faizal Tahir, kecantikan Mas Idayu & anak jadi tumpuan ramai

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, lagu Faizal Tahir berjudul Santai menjadi tumpuan ramai malah lebih menariknya apabila penyanyi terkenal itu memilih penyanyi dangdut popular, Mas Idayu atau turut mesra dipanggil Mummy sebagai rakan penyanyi dalam lagu tersebut namun versi dangdut.

Siapa menyangka kolaborasi Mas Idayu dan Faizal Tahir mendapat sambutan luar biasa di media sosial termasuklah menerusi TikTok apabila ramai merasakan gandingan suara dua penyanyi tersebut sesuai dan boleh diterima pendengar. Tak kurang juga, ada yang memuji lagu Santai itu dalam versi dangdut.

Sponsored
@faizal_tahir

Aiyokk Mummy marah 🫣 macam mana korang nak buat Mummy happy? @Mas Idayu Mesnun @Glowrush #Santai #fyp #musicontrend

♬ Santai – Faizal Tahir

Walau bagaimanapun, satu rakaman video yang memaparkan Mas Idayu bersama anak-anaknya dalam kereta dan lagu tersebut digunakan dalam klip video mereka itu mencetuskan lebih sejuta kali ditonton oleh peminat dan warganet yang tertarik dengan lagu gandingan terbaharu antara ‘Mummy’ dan Faizal Tahir.

Dalam pada masa sama, kecantikan Mummy dan anak perempuannya juga ternyata mencuri tumpuan ramai di rakaman video dikongsikan ini apabila rata-ratanya meninggalkan komen pujian terhadap dua beranak tersebut.

Sponsored
@masidayu1001

Hari ni teman anak @Danny shah shooting santaiiiii

♬ original sound – Mas Idayu Mesnun – Mas Idayu Mesnun

Tidak hanya itu, kecomelan Mas Idayu yang sering dilihat tegas di kaca televisyen namun dalam video tersebut memaparkan sisinya yang berbeza membuatkan peminatnya turut memuji penyanyi dangdut ini dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

‘Mummy sentiasa comel, hadir support mummy’

Sponsored

‘Nampak macam adik beradik, sama cantik’

‘Dia dah buka TikTok guys’

‘Suka saya tengok mas mammy happy’