Video Nabila Razali Dan Aedy Ashraff Berlari Di Pantai Cetus Spekulasi Netizen

Sponsored

Pelakon dan penyanyi berbakat dikenali dengan nama Nabila Razali ini sering sahaja menjadi perhatian ramai. Dari hasil karya memaparkan bakatnya hinggalah ke kisah peribadi, Nabila Razali sering menjadi buah mulut netizen.

Terbaharu, satu rakaman dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya memaparkan Nabila Razali dan Aedy Ashraff berlari di pantai telah mencetuskan perhatian warganet.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut kelihatan kedua-dua selebriti ini berlari berkejaran dan nampak sangat mesra bergurau senda. Ada ketika Aedy Ashraff menarik tangan Nabila Razali.

Berikut adalah perkongsian video Nabila Razali dan Aedy Ashraff berlari sambil bergurau mesra di tepi pantai yang dimuat naik menerusi aplikasi media sosial tersebut:

Sponsored

Perkongsian video ini bagaimanapun telah menerima pelbagai pendapat dari warganet. Ada yang mengakui kurang senang dengan aksi mesra Aedy Ashraff dan Nabila Razali ini.

Malah ada juga yang menganggap perkongsian rakaman ini hanyalah promosi drama atau lagu baru sahaja. Tak kurang juga yang berpendapat Aedy dan Nabila nampak sesuai bila bersama. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

Sponsored

“Mungkin dia ada shooting kot hahaha”

“Aedy ni kan macam ex kita yang lepas kita dia tukar gf macam tiada hari esok”

“Si Aedy ni dengan mana mana perempuan pun comel dok”

“Aedy ni dengan Nabila pun cecuaiii aih”