Naim Daniel Tegur Menteri Buat Majlis Bantu Mangsa Banjir, “Nak Tolong, Tolong Terus”

Sponsored

Umum sedia tahu akan keadaan banjir yang melanda di beberapa buah kawasan di sekitar Pantai Timur. Menjelang akhir tahun keadaan ini sudah dijangka kerana sering terjadi dan menyebabkan mangsa banjir alami kerugian kehilangan harta benda malah nyawa.

Terbaharu, penyanyi,pelakon dan komposer muda, Naim Daniel menegur menteri yang membuat majlis pelancaran untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Sponsored

Naim Daniel juga turut terkenal dengan kelantangannya menegur beberapa perkara sehingga mendapat perhatian ramai di sosial media.

Berikut adalah ciapan Naim Daniel tegur menteri buat majlis bantu mangsa banjir ini yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya:

Sponsored

Dalam ciapan asli dari Bernama, dipaparkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini (semalam) melancarkan misi bantuan ke Pantai Timur.

Disebabakan itu, Naim Daniel tegur menteri melakukan amalan sebegini kerana mangsa banjir sudah merana berhari-hari dan pihak kerajaan baru nak adakan majlis-majlis sebegini.

Sponsored

“Nak tolong, tolong terus. Mangsa banjir tengah dalam kesempitan sekarang ni. Budaya lancar-melancar dan rasmi-merasmi yang bazir masa dan duit ni boleh berhenti dah. Come on.” – Naim Daniel

Bagaimanapun, di ruangan komen rata-rata netizen membidas teguran Naim Daniel ini. Ada yang mengatakan bantuan sudah diberikan terlebih dahulu dan majlis tersebut hanyalah simbolik sahaja.

“Adeh, benda tu simbolik ja. Majlis berapa minit ja pun. Bukan delay sampai sehari. Ada la taklimat , amanat sikit dan jawab soalan pihak media . Lepas tu terus jalan ke pantai timur. Menteri tu pun turun esok. Apa la sgt kalau nk banding dgn MB yg keluar time Negeri banjir.”, tulis seorang pengguna Twitter.