Terima Kecaman Melampau, Peserta ATNM Buat Laporan Polis, “Saman Malu Terhadap Netizen…”

Sponsored

Sebelum ini, seorang peserta berusia 16 tahun dalam rancangan All Together Now Malaysia musim kedua telah menerima kecaman hebat di media sosial. Semuanya gara-gara reaksi gadis tersebut semasa menjawab soalan dari pihak juri.

Malah ramai yang mengkritik reaksinya ini yang dikatakan biadab dan kurang ajar sekaligus menyebabkan gadis itu dihentam teruk di media sosial. Namun difahamkan, ada segelintir netizen yang bertindak melampaui batas dengan memberikan komen dan kecaman yang keterlaluan.

Sponsored

Sehinggakan ada yang menggelarkan gadis itu sebagai pelacur dan memintanya terjun dari bangunan. Difahamkan, kecaman turut diberikan kepada kedua ibu bapa remaja terbabit di mana mereka juga turut terkesan dengan apa yang berlaku kini.

“Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya.”

Sponsored

Tambah gadis itu lagi, dia tidak membaca kesemua DM yang diterima kerana bimbang ia mungkin boleh merosakkan mentalnya. Namun kedua ibu bapanya lebih banyak membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Buat laporan polis

Susulan apa yang berlaku ini, gadis itu telah pun membuat satu laporan polis di atas komen-komen melampau yang diberikan oleh segelintir netizen. Difahamkan, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi semalam.

Sponsored

Dalam masa yang sama, gadis itu meluahkan rasa syukur masih lagi menerima sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan selepas dirinya tular di media sosial. Terdahulu, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri di dalam program tersebut turut meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap remaja itu.

Menerusi Instagram Story, Syafinaz meluahkan rasa simpati di atas beberapa kritikan ‘pedas’ yang diberikan kepada gadis tersebut. Dia turut meminta orang ramai memberikan ruang kepada remaja terbabit untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.

“Setiap manusia sentiasa membuat kesilapan. Yang penting adalah keinginan dan usaha setiap individu untuk memperbaiki diri sendiri.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak