Kelmarin merupakan hari bahagia buat pelakon, Raysha Rizrose apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya. Selepas dua bulan bertunang dan baru sahaja mendedahkan tentang berita pertunangan, tahu-tahu sahaja pasangan berkenaan sah bergelar suami dan isteri.
Namun begitu, dalam pada berita Raysha Rizrose sah bergelar isteri tular, adik-beradiknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose terbaharu juga tular di media sosial selepas rakaman video mereka menangis menarik perhatian ramai.
Muat naik semula rakaman video pendek itu memaparkan Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose menangis sebaik sahaja memandang sesuatu yang diterima mereka disaat sebelum adik mereka itu berkahwin. Adik-beradik pelakon terkenal itu difahamkan menerima satu kotak berisi barang berwarna pink.
Membuatkan ramai tertanya-tanya penyebab mereka menangis ternyata kongsi Uqasha Senrose di Instagram bahawa dia dan Nelydia Senrose menerima foto masa kecil mereka bertiga.
Tidak dapat menahan sebak memandang gambar tersebut, kedua-dua pelakon jelita yang menangis itu turut mengundang rasa sebak netizen juga apabila seronok melihat keakraban adik-beradik selebriti tersebut yang mana turut menerima pujian yang dikatakan meskipun popular, adik-beradik selebriti berkenaan jarang terpalit kontroversi.
“Seronok dapat adik beradik macam ni”
“Boleh nampak hati Nelydia tulus. Memang minat dengan dia dari remaja lagi”
“Tu gambar diorang masa kecik-kecik dulu. Ada tengok dekat IG story Uqasha”
“Walaupun mereka femes, tak banyak gosip liar tentang mereka”