“Powder je dah Dior”- Video Puteri Balqis cuit hati peminat

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Puteri Balqis namanya yang sudah ‘meletop’ sedari kecil sehingga memenangi Anugerah Skrin sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama pada tahun 2014.

Puteri Balqis juga merupakan pelakon kegemaran penonton drama yang mana tidak kira sebagai pelakon kanak-kanak mahupun kini pelakon remaja. Bakatnya yang sentiasa hebat apabila menghayati watak mencetuskan dia sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial yang mana peminat tidak terlepas mengikuti perkembangannya sebagai pelakon.

Sponsored

Sering jadi perhatian ramai

Baru-baru ini pula Puteri Balqis menjadi perhatian peminat dan warganet selepas satu perkongsian gelagat dirinya mencuit hati mereka. Pelakon jelita dan comel ini dilihat mengenakan solekan dan menerusi video pula berkata, “Puteri Balqis tak nak ambil mood awal sebelum naik stage, takut make up mahal kena air mata.”

Sponsored

Gara-gara tidak ingin solekannya terjadi apa-apa, sempat Puteri Balqis berseloroh tentang makeup dikenakan itu mahal. Telatah comel Puteri ini bagaimanapun membuatkan ramai tercuit hati sehingga ditinggalkan ribuan tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Puteri Balqis terhibur melihat gelagatnya dalam video dikongsikan itu dan ternyata dalam pada masa sama, kecantikan pelakon remaja yang sekali disolek kelihatan cukup jelita ini membuatkan dia sekali lagi disangka pelakon, Fasha Sandha.

Sponsored

‘Powder je dah Dior, hahaha’

‘Betul la macam Fasha Sandha’

‘Hahaha ko dari kecik…’

‘Suka cara dia bersahaja’

Sumberrusamusic