Wajah masa kecil dipuji ramai tapi ada pula rasa Hael Husaini nampak lain

Sponsored

Penyanyi popular, Hael Husaini semakin menjadi perhatian ramai selepas terlibat dalam dunia fesyen dan sebagai model dia sering menerima pujian peminat dan netizen apabila setiap kali mengayakan pelbagai jenis pakaian dia dipuji kerana kelihatan bergaya dengan style sehingga sering dipanggil Oppa.

Sehinggakan setiap kali penyanyi popular ini tular, dia sering disalah sangka sebagai seorang artis dari Korea. Malah baru-baru ini pula gara-gara satu rakaman video yang viral menyebabkan Hael Husaini disangka penyanyi dan pelakon terkenal dari Korea iaitu Cha Eun Woo sehinggakan dia hangat diperkatakan oleh warganet.

Sponsored

Jadi tumpuan ramai

Walau bagaimanapun, terbaharu pula satu hantaran Hael Husaini diruangan Instagram peribadinya yang diikuti hampir 2 juta pengikut menjadi tumpuan selepas dia memuat naik sekeping foto yang sehingga kini meraih ribuan tanda suka. Malah menjengah ke ruangan komen, dia dihujani ratusan reaksi.

Sponsored

Difahamkan Hael Husaini berkongsikan foto ketika dia masih kecil dan foto tersebut membuatkan ada peminat memujinya yang sudah hensem sejak kecil. Dalam pada itu, Hael Husaini sekali lagi diberi pujian melambung dengan kekacakannya ini.

Pun begitu, nampaknya diruangan komen ada juga yang meluahkan rasa pelik dengan mengatakan foto masa kecil dan Hael Husaini terkini yang dikongsikan itu dikatakan nampak lain.

Sponsored

‘Kenapa dah nampak lain’

‘Lain eh’

‘Hensem sejak azali ni’

Hael Husaini

‘Uyooo Hael dulu…’

Hael Husaini