Syifa Melvin kongsi video ada Safawi Rasid, “Patutla Safawi power je main rupanya ada semangat”

Sponsored

Pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid bukanlah calang-calang orangnya sehingga dia dinobatkan sebagai pemain terbaik. Baru-baru ini pula, Safawi Rasid menjadi tumpuan ramai selepas dia sah menyertai Ratchaburi FC.

Safawi Rasid bagaimanapun menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pemain bola sepak yang lain serta peminat yang mendoakan kejayaannya itu selain mendoakan yang terbaik buat kerjayanya sebagai pemain bola sepak terbaik.

Sponsored

Perkongsian Syifa Melvin terbaharu ini pula membuatkan ramai peminat hadir meninggalkan pelbagai reaksi apabila pempengaruh dan pelakon ini merakam momen suaminya itu di padang. Syifa Melvin dan Safawi Rasid berkahwin pada November tahun lalu dan sejak dari itu, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi sorotan ramai.

Menerusi rakaman ini pula, selain kecantikan Syifa Melvin dipuji ramai, momen dia memberikan sokongan buat Safawi Rasid membuatkan ramai tertarik sehingga menghujani perkongsian ini dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored
@syifmel131

Lagu tu macam tak sengaja ja🤣

♬ original sound – CELLA – CELLA

Hantaran tersebut juga menerima komen peminat yang mendoakan terbaik buat Safawi Rasid agar kembali ‘berbisa’ seperti dahulu.

‘Semoga Pawi terus maju dan kembali berbisa seperti dulu. InshaAllah’

Sponsored
Safawi

‘Patutlah Safawi power je main rupanya ada semangat’

Safawi

‘Jaga Pawi elok-elok Syifa. Make sure he will comeback one day…’

‘Syifa aku harap kau bagi semangat dekat Pawi, biar dia kembali ke performance dia yang dulu’