Zulin Aziz antara selebriti serba boleh yang sering menjadi perhatian peminat dan warganet di media sosial. Meskipun begitu, perkongsiannya baru-baru ini begitu mengejutkan apabila dia memberikan bayangan sudah berpisah dengan suaminya, Farhan Norzaini.
Walau bagaimanapun, terbaharu perkongsian Zulin Aziz membuatkan peminatnya dapat menarik nafas lega selepas dia mengesahkan hubungannya dan suami kembali pulih. Dia berkata diruangan media sosial miliknya berkat doa semua dia dan suami mencuba lagi.
Kita cuba lagi
Ujarnya dia dan suami boleh menjadi lebih baik dari sebelum ini dengan memberikan peluang dan ruang serta berharap sentiasa dalam lindungan Allah. Dia juga berterima kasih dengan doa ramai buat mereka dan dia menyifatkan ujian itu sangat berat namun hikmahnya sangat indah. “Alhamdulillah,” katanya meluahkan rasa syukur.
Dia berkata ada sebab kenapa post terdahulu itu dibuat dan ada sesuatu perkara yang berlaku. Zulin Aziz diruangan Instagram Story juga berkata dia tidak boleh berkongsikan tentang itu lebih lanjut.
Keadaan sebelum pun baik-baik saja
Dalam pada itu, dia memaafkan apa yang dikatakan dan menganggap bukan salah mereka kerana tidak tahu apa yang terjadi. “Ujian yang berbeza, situasi yang berbeza. Solution pun tak semua boleh apply yang sama.”
Tambahnya lagi dia tidak mampu untuk menerangkan satu persatu kenapa dirinya begitu atau begini kerana ada sebab dan puncanya namun baginya cukup sampai disitu sahaja.
“Alhamdulillah, ruang pendamaian sebelum Syawal tiba. Maka… bolehla aku masak rendang bersama.”