Main Drum Di Jalan TAR, Netizen Kagum Bakat Serba Boleh Roy Azman, “Ingatkan Pandai Berlakon Je…”

Sponsored

Pelakon Roy Azman meraih perhatian ramai apabila dia memuat naik videonya bermain drum di platform Tik Tok. Malah video yang dikongsikan itu juga telah menerima sejuta tontonan setakat ini walaupun baru sehari ianya dimuat naik.

Di dalam hantaran tersebut, Roy Azman dilihat sedang bermain drum sewaktu membuat persembahan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bersama beberapa artis lain. Kumpulan tersebut turut diterajui oleh penyanyi Zahid yang menyanyikan lagu Hatiku Kau Guris Luka nyanyian kumpulan Sweet September.

Sponsored

Persembahan itu juga turut menerima sambutan dari orang awam yang sedang membeli belah di kawasan tersebut. Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah kebolehan pelakon itu bermain alat muzik yang dilihat segak memakai baju melayu sambil bermain drum.

@thisisroyazman

Band ‘Carca Merba’ show td depan Gulatis Jalan TAR Kl. Yg pompuan tu Shashic tau 🤣 Nizam mc. Tq Gulatis & tetamu yg hadir 😍 Tq jugak to Band Caliph Buskers bg tumpang main td…so sweeeetttttt🥰 #gulatis #caliphbuskers

♬ original sound – Roy Azman – Roy Azman

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Roy Azman mahir bermain drum dan memuji bakatnya sebagai seorang anak seni yang serba boleh. Malah ada yang menyangka pelakon itu hanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan sahaja selama ini.

Sponsored

“Abang Roy kita pandai main drum ya, ingatkan pandai berlakon aje.”

“Wah serba boleh si Roy ni rupanya.”

Sponsored

“Bila masa dia pandai main drum.”

Sekadar info, Roy Azman atau nama sebenarnya Zairosminan bin Abdul Rahman merupakan seorang pelakon terkenal dan juga penyampai radio. Pelakon ini juga aktif di platform Tik Tok dan sering memuat naik konten yang mencuit hati netizen.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok