“Yg belakang lebih”- Hannah Delisha tengah nyanyi, Shukri Yahaya pula sempat menari cuit hati ramai

Sponsored

Kini peminat semakin tidak sabar menyaksikan sebuah drama terbaharu yang mulai tersebar di media sosial berjudul Andai Itu Takdirnya. Difahamkan drama tersebut masih dalam pembikinan dan bakal ditayangkan pada tahun ini dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Nampaknya sebelum ditayangkan lagi, drama ini sudah menerima komen positif ramai apatah lagi pada kali ini, Shukri Yahaya digandingkan dengan Hannah Delisha sebagai watak utama yang memegang watak sebagai Syed Aizril dan Aleya.

Sponsored

Drama terbaharu berjudul Andai Itu Takdirnya

Walau bagaimanapun, terhibur pula peminat kedua-dua pelakon tersebut apabila tularnya satu rakaman video pendek ketika penggambaran drama itu berlangsung yang mana rata-rata warganet juga terhibur menyaksikan telatah dua pelakon hebat ini.

Sponsored

Umum diketahui, Hannah Delisha mempunyai suara yang merdu dan pernah menjadi fenomena selepas muncul dalam program nyanyian berjudul The Masked Singer Malaysia sebagai Burung Hantu. Dalam rakaman ini pula, peminat dapat mendengarkan sedikit Hannah Delisha menyanyi namun kelibat Shukri pula yang sempat menari dibelakang membuatkan ramai tertawa.

@hannahdelishas_loverss

Bila Shukri Yahaya jadi backup dancer kat belakang🤣 Andai Itu Takdirnya coming soon di Astro Ria #HannahDelisha #AndaiItuTakdirnya

♬ original sound – HannahDelishaLovers – HannahDelishaLovers

Mana tidaknya, jarang sungguh dapat melihat Shukri Yahaya ‘buat hal’ apabila dalam kaca televisyen sering menonton dia membawa watak yang serius. Rakaman yang tular itu bagaimanapun ditinggalkan pelbagai komen lucu oleh peminat.

Sponsored

‘Hahaha yang kat belakang…’

‘Cantik sangat’

‘Alahai comel nyanyi…’

Shukri Yahaya

‘Yang belakang tu’

Shukri Yahaya