“Drama Melayu ni je aku layan”- Kapsyen Anna Jobling kongsi video dengan Meerqeen buat ramai tak sabar

Sponsored

Umum mengetahui bahawa drama berjudul Melur Untuk Firdaus membuatkan nama pelakon utama iaitu Anna Jobling dan Meerqeen tidak henti-henti menjadi perhatian di media sosial. Keserasian kedua-dua pelakon tersebut berjaya membuatkan drama tersebut meninggalkan kesan buat penonton tidak hanya di Malaysia malah di Indonesia.

Walau bagaimanapun, drama Melur Untuk Firdaus telah menutup tirai pada 15 Julai tahun lalu sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Apatah lagi pasangan serasi drama tersebut juga berjaya membawa watak masing-masing dengan baik.

Sponsored

Berjaya tarik perhatian penonton drama

Terbaharu pula, nampaknya ramai peminat setia drama Melur Untuk Firdaus meluahkan rasa teruja selepas Anna Jobling sendiri memuat naik satu rakaman video di akaunnya yang memaparkan dia bersama Meerqeen. Ternyata selain gelagat mereka, ramai tertarik dengan kapsyen yang ditulis “Melur Untuk Firdaus season 2.”

Sponsored

Menerusi rakaman video dikongsikan Anna Jobling ini pula, dia dan Meerqeen sempat mengikuti trend terkini dan gelagat mereka membuatkan peminat juga berharap kedua-duanya benar-benar berjodoh.

Pasangan dalam drama kesukaan ramai ini turut membuatkan ramai peminat tidak sabar menantikan Melur Untuk Firdaus musim kedua sehinggakan ada yang akui keluarga mereka malah diri sendiri akan duduk dihadapan televisyen melayan drama lakonan mereka itu.

Sponsored

‘Macam husband dan wife…’

‘Cepat cepat sikit…’

‘Comel lah Anna…’

‘Season 2, bapak aku memang duduk depan tv la’

Anna Jobling
Anna Jobling