Pernah Viral ‘Sound’ Mas Idayu Masa Uji Bakat, Lelaki Ini Kembali Selepas Diseru Netizen, “Dia Sorang Je Berani…”

Sponsored

Lapan tahun lalu, seorang peserta yang menyertai uji bakat program Mentor Legend 2014 dengan beraninya telah menegur Mas Idayu yang menjadi juri. Di dalam video yang pernah viral itu, lelaki tersebut mempersoalkan sama ada penyanyi dangdut itu boleh menyanyi selepas nyanyiannya dikritik Mas Idayu.

Susulan isu terbaru yang berlaku di antara Sissy Iman dan Mas Idayu ini, rata-rata netizen kembali mencari semula lelaki itu untuk mengetahui perkembangan terkininya. Malah video uji bakat peserta itu juga tular di media sosial selepas ianya dikongsikan semula netizen.

Sponsored

Usaha netizen untuk menjejaki lelaki itu akhirnya berjaya apabila ada yang menemui akaun Tik Tok milik peserta tersebut. Difahamkan, lelaki yang viral pada lapan tahun lepas itu kini bekerja sebagai penjual kereta dan sudah pun mendirikan rumah tangga.

Video viral

@xtra_my

Replying to @Haffizz🤠 Min percaya mummy MAS idayu nak kan yang terbaik utk setiap yang dia jurikan. Kita doakan yang baik-baik je gais🤲🏻 #fyp #xtramy #masidayu #familiduotv3 #mentorlegend #sissyiman #komen #menangis #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sedar dirinya menjadi bualan netizen, lelaki itu turut memuat naik video terkini dengan kapsyen “ada yang cari ke?” pada video tersebut. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa teruja apabila mereka akhirnya menjumpai peserta yang berani mengkritik Mas Idayu secara lantang satu ketika dahulu.

Sponsored

Malah ada juga yang siap berterima kasih kepada lelaki itu yang berani membalas semula kritikan yang diberikan oleh Mas Idayu itu. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta lelaki itu kembali bersemuka dengan penyanyi dangdut itu selepas isu yang berlaku pada Sissy Iman baru-baru ini.

“Yang ni lah, lawan mas idayu. Terbaek bro.”

Sponsored

“Tolong up kan abang ni, biar viral satu Malaysia. Dia sorang je berani sound mummy korang tu.”

“Ha abang ni je berani sound mami.”

Terdahulu, Mas Idayu teruk dihentam ramai selepas memberikan komen ‘pedas’ terhadap Sissy Iman semasa di dalam program Famili Duo. Sehinggakan Sissy seolah-olah ‘hilang semangat’ untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan membatalkan pelancaran album terbarunya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok