Netizen Cabar Masuk Gegar Vaganza, Mas Idayu Tak Gentar, “Itu Bukan Tahap Saya, Sekarang Tahap Saya Menjuri…”

Sponsored

Susulan komen ‘pedas’ yang diberikan terhadap penyanyi Sissy Iman baru-baru ini, netizen telah mendesak Mas Idayu untuk menyertai program Gegar Vaganza bagi membuktikan kebolehannya sebagai penyanyi. Terdahulu, Sissy Iman tidak dapat menahan air mata selepas menerima komen dari penyanyi dangdut tersebut.

Sehinggakan Sissy kini seolah-olah ‘patah semangat’ selepas membuat keputusan untuk membatalkan perlancaran album terbarunya dan menjualnya dengan harga RM20 sahaja. Malah kebanyakan netizen turut berang dengan komen yang diberikan Mas Idayu itu dan meminta dia sendiri menyertai program nyanyian itu.

Sponsored

Perkongsian di Twitter itu turut meraih sokongan ramai yang bersetuju dengan cadangan yang dimuat naik oleh individu terbabit. Menurut netizen, mereka tidak sabar menantikan reaksi penyanyi dangdut itu semasa dikritik oleh pihak juri di dalam rancangan nyanyian menampilkan barisan penyanyi legend tanah air.

Tidak gentar dicabar

Terpanggil dengan cabaran itu, Mas Idayu memberitahu dia tidak gentar mahupun takut apabila dicabar untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian. Namun baginya, pengalamannya selama 38 tahun dalam industri seni lebih melayakkan dirinya untuk duduk di tempat juri.

Sponsored

“Bukan takut tapi itu bukan tahap saya. Minta maaf, pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri.”

Tambahnya lagi sepanjang 16 tahun menjadi juri, ini adalah kecaman yang paling tinggi yang diterimanya. Menurut penyanyi itu lagi, mana-mana penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama dalam industri seni tidak perlu lagi menyertai pertandingan nyanyian kerana sudah mempunyai pengalaman yang banyak.

Sponsored

“Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka.”

Baginya, pertandingan hanyalah untuk penyanyi yang merasakan dirinya layak sahaja. Dalam masa yang sama, Mas Idayu berpendapat tidak perlu untuk memintanya masuk mana-mana pertandingan nyanyian hanya kerana tidak puas hati dengan komen yang diberikan kepada peserta.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.