“Dia tak fake”- Komen Mas Idayu buat Bella Astillah, ramai ‘backup’ mummy

Sponsored

Sejak kebelakangan ini nama penyanyi dan juri tetap rancangan Famili Duo iaitu Mas Idayu tidak henti-henti menjadi perbualan selepas terjadinya kontroversi melibatkan peserta rancangan tersebut disebabkan komennya.

Walau bagaimanapun, nampaknya melihatkan satu rakaman video peserta Bella Astillah yang difahamkan kedengaran suara Mas Idayu yang turut mesra disapa Mummy memberikan komen kepadanya membuatkan ramai tampil ‘backup’ juri tetap Famili Duo ini.

Sponsored

Netizen ‘backup’ Mas Idayu

Menerusi rakaman video yang mencuri tumpuan ramai ini memaparkan peserta duet pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie. Nampaknya persembahan mereka berjaya membuatkan pasangan sepupu ini masuk ke peringkat akhir bersama Ayda Jebat dan Fyna, Zaki dan Yamani serta Sissy dan Naim Daniel.

Sponsored

Walau bagaimanapun difahamkan kedengaran suara Mas Idayu memberikan komen buat bakat Bella Astillah namun ternyata diruangan komen ramai yang tampil memberikan reaksi positif tentang cara Mas Idayu menjadi juri.

@mediahiburanofficial

Bekaca mata Min bila Aliff Aziz berdiri, beri izin isterinya dikomen Mas Idayu ♥️🫰🏼 #MHnews #MediaHiburan #fyp

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Perkongsian @mediahiburanofficial itu dalam pada masa yang sama ditinggalkan pandangan yang mana rata-ratanya memberikan pujian terhadap Mas Idayu.

Sponsored

‘Kalau dari pandangan aku, aku suka Mas Idayu dia tak fake. Walaupun orang tak mintak.. ‘

‘Aku ok je dengan cara mummy. Yang duk kutuk kutuk tu sebab dah lama geram dengan mummy. Tu yang amik kesempatan kali ni…’

‘Mummy ni boss, ramai netizen koyak dengan mummy marah…’

‘Aku rasa siti sisters tu lagi banyak kali kena marah. Ok je diorang. Sebab ambik side positif’