Remy Ishak Akui Masalah Kesihatan Mental Belum Pulih, “Nak Jumpa Orang Pun Takut…”

Sponsored

Pelakon Remy Ishak mengakui berdepan dengan masalah gementar dan gugup untuk berhadapan dengan orang ramai semenjak beberapa tahun lalu. Difahamkan, ianya bermula semasa pandemik melanda negara di mana pelakon itu jarang mengikuti sesi penggambaran.

Malah semasa di majlis tayangan perdana filem Harum Malam, Remy kelihatan gementar dan tidak selesa apabila didekati oleh para media untuk ditemu bual. Ada yang turut mengatakan tangan pelakon itu juga kelihatan bergetar semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Sponsored

Menurut Remy, dia masih lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti yang pernah dikongsikan tiga tahun yang lalu. Namun dia tidak pasti apakah masalah sebenar yang dihadapinya kerana sehingga ke hari ini dia masih lagi takut untuk berdepan dengan orang ramai.

“Keadaan saya masih belum okay lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu masalah sebenar penyakit ini.”

Sponsored

Pelakon berusia 41 tahun itu jujur mengatakan masalah tersebut turut mengganggu dan menjejaskan tumpuannya di lokasi penggambaran. Tetapi Remy menjelaskan dia sentiasa berusaha untuk mengatasi perasaan takut itu demi menjalankan tugasnya sebagai pelakon.

“Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan, bermakna saya mengalah.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, pelakon itu memaklumkan dia akan memperlahankan kariernya pada tahun ini untuk memberi fokus kepada kesihatan dan pemulihan kesihatannya. Sekadar info, Remy Ishak bakal muncul di dalam filem terbaru berjudul Harum Malam arahan Dain Said pada 9 Februari ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar