Lelaki tegur suami Fatin Afeefa pasal berterima kasih terima gift, “Walau kau kaya, kau tak jumpa resmi padi..”

Sponsored

Sekali lagi nama Aliff Awang atau Opai yang juga suami kepada pelakon, Fatin Afeefa menjadi sebutan ramai. Tak lekang dengan pelbagai kata-kata dari netizen, pemuda ini sering mencuri perhatian ramai.

Terbaharu, suami Fatin Afeefa ini dikecam berlagak selepas satu rakaman ketika Aliff Awang di dalam live menerusi TikTok dikongsikan semula oleh pengguna laman itu.

Sponsored

Dikecam tak hargai gift diberikan

Manakan tidak, dalam rakaman tersebut kedengaran Aliff Awang mempertikaikan orang yang berikannya ‘gift’ bawah 1000.

“Kalau ye pun nak bagi gift, ini baru namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak la. Tak, sebab I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak.”

Sponsored

Itu antara kata-kata Aliff Awang menerusi live tersebut yang membuatkan ramai mengkritiknya kerana tidak mengharga ‘gift’ yang diberikan kepadanya.

Aliff Awang, suami Fatin Afeefa

“Gift tetap gift walaupun kecil.”

Namun baru-baru ini seorang lelaki tampil tegur suami Fatin Afeefa ini berkenaan perihal gift tersebut. Menerusi video ringkas tersebut, lelaki ini mengucap panjang melihat video berkenaan. Susulan itu, pemilik akaun TikTok dengan nama DdChronicle ini memberikan teguran terbuka.

Sponsored

Katanya tidak kira besar atau kecil, pemberian itu seharusnya dihargai. Berikut adalah apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut:

“Gift tetap gift walaupun kecil. Walaupun kau berfikiran macam tu, tak payahlah cakap. Masuk live orang bagi gift banyak. Kau nak harapkan apa?”

“Walau kau kaya, kau tak jumpa resmi padi, semakin kaya menunduk, humble..Kau kena ingat semakin rendah pandangan kita, orang makin pandang tinggi. Ingatlah dik, janganlah cakap macam tu..”

@dd_chronicle

Lepas ni kena bagi gift atas 1000. Bawah 1000 tu sampah bukan gift. 😂😂#fyp #fypシ

♬ original sound – DdChronicle – DdChronicle

Netizen setuju dengan teguran ini

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan lelaki tegur suami Fatin Afeefa mengenai isu berkenaan. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Dia kata kaya bang tapi kebulur gift, mungkin tu cara dia nak kekalkan kekayaan dia..Yang bagi gift besar tu tak silap bini dia kan…”

“Contoh macam Jep. Gift kecik pun dia punya seronok sekali dengan kita ikut sama”

“Seteruk2 mulut Dato Alif Syukri dia tak pernah riak camni kaya da bape lama kan”

“Aku doa kan mamat nie merasa apa makna miskin..dan aku doa kan abang DD lebih kaya dari mamat nie”