Sissy Imann dan Mas Idayu berpelukan curi tumpuan, “Baguslah nak musuh sampai bilakan”

Sponsored

Umum sedia tahu kontroversi yang melanda antara peserta dan juri dalam rancangan Famili Duo, Sissy Imann dan Mas Idayu beberapa minggu lalu. Diberikan komen pedas, Sissy Imann dilihat menangis di pentas rancangan siaran langsung.

Setelah beberapa minggu, ada yang sokong dengan komen Mas Idayu dan ada juga mengecam kerana menganggap tidak patut melakukan sedemikian ketika siaran langsung.

Sponsored

Bagaimanapun pada Ahad lalu telah berlangsungnya pentas akhir rancangan Famili Duo. Dalam episod akhir ini, Mas Idayu akhirnya memberikan komen dengan memuji pasangan peserta Naim Daniel dan Sissy Imann.

Malah baru-baru ini juga dilihat Sissy Imann memuat naik foto gembira bersama Mas Idayu. Berikut adalah perkongsian tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Sissy Imann:

Sponsored

Kapsyen perkongsian foto Sissy Imann dan Mas Idayu ini juga menunjukkan mereka sudah berbaik biarpun tidak pernah bergaduh. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian foto oleh Sissy Iman ini:

Sponsored

“Mummy sayang kat Naim n Sissy sebenarnya..Kan dia cakap setiap minggu dia tertunggu2 kemunculan Naim n Sissy….Tak suka kot suara ala2 zaman dulu. Tu yang tetiba hangin satu badan. Kecewa sangat kot”

“Beriya netizen kecam, at last diorang ok je berpeluk hahahha”

“Haritu sebab awak mommy kena kecam. Padahal dia mendidik. Jiwa kena kental beb”

“Dia macam maleficent dengan aurora. Segarang2 maleficent tu sebenarnya sayang dekat aurora”