“Macam tu je dia gula-gulakan abg”- Gelagat lucu Alisa Aisyah kenakan Yusuf Iskandar cuit hati peminat

Sponsored

Sebut sahaja nama adik-beradik comel ini, Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar tentu ramai yang mengenali mereka. Dari sejak dilahirkan sehinggalah kini membesar dengan sangat comel dan bijak, si cilik popular itu tidak henti-henti menjadi sorotan peminat.

Mana tidaknya, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga bukan calang-calang selebriti yang mana kini kedua-dua anak mereka pula menjadi perhatian ramai di media sosial. Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar juga masing-masing mempunyai peminat tersendiri dan memiliki jumlah pengikut di laman Instagram dengan jutaan pengikut.

Sponsored

Terbaharu, gelagat adik-beradik popular ini nampaknya mencuit hati warganet dan peminat mereka sekali lagi. Menerusi rakaman video yang dikongsikan ini, kelihatan Alisa Aisyah bersama abangnya itu melakukan aktiviti berenang dan sempat bertanding antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, tercuit hati pula orang ramai dengan telatah Alisa Aisyah yang ada-ada sahaja ini sempat mengenakan abangnya itu apabila disaat mereka berenang yang membuatkan dia menjadi pemenang dimana dalam diam dia menemukan cara untuk membuatkan dirinya menang.

Sponsored

Gelagat Alisa Aisyah itu membuatkan ramai peminat terhibur apabila abangnya itu ‘digula-gulakan’ oleh adiknya. Pun begitu, ternyata ramai yang memahami apabila anak nombor dua sememangnya sering berperangai sedemikian kerana ada-ada sahaja telatahnya.

‘Pandai dho, time muka abang dia macam toleh ke dia, dia terus buat-but berenang…’

Sponsored

‘Anak no 2 memang macam ni’

‘Anak no 2 biasalah’

‘Pandai Aleesa ehh’