Jep sedih TikTok ‘live’ kena banned, “Sedih dia 3 hari tak boleh hi gais…”

Sponsored

Selepas sering menjadi sorotan ramai di laman TikTok, Jep Sepahtu akhirnya mempunyai akaun miliknya sendiri dengan diikuti lebih 500,000 pengikut dengan video pertama dimuat naik olehnya mendapat jutaan tontonan.

Mana tidaknya, siapa menyangka Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin turut terjebak dengan laman tersebut malah sejak akhir-akhir ini ramai dapat menonton video secara live dilakukan oleh Jep yang mana dia begitu hangat mendapat perhatian ramai dengan memperoleh pelbagai ‘gift‘ mewah diberikan kepada dirinya.

Sponsored

Menerusi video live Jep Sepahtu juga dia berkongsikan perkembangan kerjaya serta menghiburkan peminat dan pengikutnya dengan berceritakan pelbagai kisah lucu sehingga ramai yang tidak terlepas mengikuti dirinya di laman tersebut dan antara yang menghiburkan warganet juga kerana kini tagline ‘gais’ semakin melekat dengan Jep Sepahtu.

Dah tak boleh sebut gais

Sponsored

Namun begitu, nampaknya selama tiga hari ini dia sudah tidak lagi boleh menegur peminat dan pengikutnya apabila TikTok live Jep Sepahtu kena banned. Menerusi perkongsian Sinar_My bagaimanapun memaparkan Jep kelihatan sedih kerana hal itu.

@sinar_my

Bantu Jep gais. Tiktok live kena banned ni 😂 Sedih dia 3 hari tak boleh “hi gais. Ok gais” #PagiDiSINAR #tiktoklive

♬ original sound – SINAR – SINAR

“Bantu Jep gais. TikTok live kena banned ni. Sedih dia 3 hari tak boleh hi gais…”, tulis di perkongsian tersebut yang dalam pada itu, netizen menghujani ruangan komen dengan pelbagai reaksi terhadap pelawak terkenal itu.

Sponsored

‘Jep Tapan pinjam akaun orang rumah, masa ni laa nak naikkan ranking…’

‘Patut la sunyi je’

‘Patot la tak buat live. Biasanya rajin sangat buat TikTok’

‘Baru tahu patut laa’

Sumbersinar_my