Ameerul Asyraf Mengaku Video Tular Di Kelab Malam, “Ia Kisah Silam Saya Kenapa Baru Sekarang Sebarkan…”

Sponsored

Tular di platform Tik Tok baru-baru ini, video seorang pelakon lelaki yang dilihat sedang berseronok di dalam sebuah kelab malam bersama seorang wanita. Video yang tular itu telah dimuat naik oleh teman wanita pelakon itu yang berasa kecewa melihat aksi kecurangannya bersama wanita lain.

Pelakon Ameerul Asyraf tampil mengaku bahawa dirinya adalah pelakon yang dimaksudkan di dalam video yang tular itu. Menurutnya, video tersebut adalah rakaman lama yang diambil sekitar tahun 2019 dan dia sendiri tidak pasti mengapa sekarang ianya disebarkan di media sosial.

Sponsored

Jelasnya, video itu telah dikirimkan kepada teman wanitanya yang dikenali sebagai Eyra sebelum wanita itu memuat naiknya di Tik Tok. Mungkin kecewa dengan tindakan lelaki itu, Eyra telah berkongsikan rakaman tersebut tanpa bertanyakan terlebih dahulu kepadanya.

“Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?”

Sponsored

Di dalam video itu, Eyra meluahkan rasa kecewa dengan Ameerul apabila dia sentiasa berada bersamanya saat susah dan senang malah pelakon itu juga telah berjanji akan mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini. Berdasarkan tinjauan, video yang dimuat naik di akaun itu telah pun menerima lebih sejuta tontonan setakat ini.

Ameerul memberitahu dia tidak sempat untuk menjelaskan apa-apa kepada Eyra kerana wanita itu terlebih dahulu memuat naik video tersebut di Tik Tok. Tambahnya, dia dan wanita itu sememangnya sedang berkawan namun tidak pasti tentang dakwaan mereka bakal bertunang pada tahun ini.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Ameerul tidak menolak kemungkinan video itu dihantar oleh wanita di dalam rakaman itu kepada Eyra memandangkan tiada sesiapa memiliki rakaman tersebut. Walaupun tidak pasti apakah motif sebenarnya, Ameerul menganggap ini merupakan ujiannya sebagai seorang anak seni.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar