Neelofa sahkan hamil anak kedua, “Alhamdulillah..sudah half way to go”

Sponsored

Selepas pelbagai spekulasi timbul oleh peminat Neelofa, akhirnya berita kehamilan usahawan dan selebriti ini disahkan oleh tuan badannya sendiri.

Memetik laporan Media Hiburan, selebriti berusia 34 tahun itu kini hamil anak kedua dan sudah pun memasuki trimester kedua. Menurut usahawan ini, dia memaklum berita Neelofa sahkan hamil tersebut susulan perubahan fizikal yang ramai sudah maklum.

Sponsored

“Iya, doakan yang terbaik buat saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungan kini sudah ‘half way to go'”.

Selain dari itu Neelofa sahkan hamil dan memberitahu semuanya baik-baik sahaja. Tambah Neelofa lagi bukan mudah sebenarnya kerana anak pertama, Bilal masih kecil lagi.

Sponsored

“Syukur setakat ini saya tidak mengalami alahan teruk. Memandangkan ini anak kedua, jadi saya sudah biasa dan lebih mudah mengatur untuk semuanya,” kata Neelofa.

Terdahulu satu rakaman yang tular dengan paparan Neelofa tiba di lapangan terbang dengan duduk di atas kerusi roda telah membuatkan warganet berspekulasi selebriti tersebut hamil.

Sponsored

Kemudiannya di majlis hari jadi anak pertama, Neelofa dilihat mengusap perut dan orang ramai terus meneka kehamilannya. Bagaimanapun sebelum ini Neelofa tidak pernah menafikan atau mengiyakan desas desus mengenai kehamilannya itu.

Untuk info, Neelofa menamatkan zaman bujang dengan Haris pada 21 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal.