Individu Dakwa Pernah Dibuli Pelakon Wanita Yang Kini Sedang Viral?, “Apa Dia Buat, Dia Dapat Balik…”

Sponsored

Tular satu hantaran di Twitter yang kini telah meraih lebih dua juta tontonan mengenai pendedahan seorang wanita mengenai pembulinya di sekolah dahulu. Lebih mengejutkan ramai, pembuli yang dimaksudkan ialah seorang pelakon wanita yang kini sedang menjadi perhatian netizen.

Di dalam perkongsian tersebut, individu itu membalas hantaran berkaitan pelakon wanita itu yang kini ditimpa musibah dengan kejadian malang yang berlaku pada suaminya. Individu itu memerli ciapan tersebut dan mengatakan orang ramai tidak perlu terpedaya dengan pelakon wanita itu yang pernah membulinya dahulu.

Sponsored

Jelasnya, semasa mereka berada di bangku sekolah, dia telah dibuli oleh pelakon wanita terbabit secara mental. Malah dia juga turut mengalami gangguan seksual apabila pelakon wanita itu yang merupakan rakan sekelasnya bertindak memegang bahagian dadanya tanpa kebenaran.

Kongsi gambar kelas

Di dalam ‘thread’ yang sama, individu itu turut berkongsikan gambar kelasnya semasa di bangku sekolah bersama pelakon wanita yang dimaksudkan. Tambahnya, dia pernah menyimpan hasrat untuk membunuh diri gara-gara tertekan kerana dibuli oleh pelakon terbabit dan meminta ibunya untuk menukar sekolah.

Sponsored

Walau bagaimanapun, individu itu berharap orang ramai tidak ‘menyerang’ pelakon wanita terbabit yang kini sedang melalui detik sukar bersama suaminya. Malah dia menganggap sekiranya netizen ‘menyerang’ pelakon itu, ia sama sahaja seperti tindakan membuli seperti yang dilaluinya di zaman sekolah dahulu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sponsored
Sumbertwitter