“Ni ke admin terhebat datuk tu? Salute”- Video Boss Mydin viral, netizen tanya ni ke admin Twitter

Sponsored

Di media sosial kini, Boss pasaraya terbesar Mydin yang dikenali sebagai Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin bukanlah asing lagi buat warganet. Kelibatnya dalam video yang mengikuti trend di media sosial membuatkan dia semakin dikenali oleh anak-anak muda di luar sana.

Malah di Twitter juga ramai terhibur dengan perkongsian di page Mydin menyebabkan ia sering menjadi tumpuan pengguna laman tersebut. Twitter Mydin kini turut tidak asing lagi buat ramai apabila di situ terdapat muatnaik yang juga mengikuti trend terkini sehingga ada yang tertanya-tanya siapakah admin yang mengendalikan page tersebut.

Sponsored

Admin Twitter Mydin jadi tumpuan

Walau bagaimanapun, dalam satu muatnaik klip video yang memaparkan boss Mydin bersama seorang lelaki ini mencetuskan tanda tanya buat ramai yang mana lelaki tersebut juga mencuri tumpuan.

Sponsored

“Datuk lah talent Mydin sebenar,” tulis di perkongsian tersebut namun dalam pada masa sama lelaki menerusi rakaman itu menjadi tanda tanya warganet yang ingin tahu adakah disebelah Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin itu admin Twitter Mydin.

‘Rasa sebelah dato ni admin tu’

Sponsored
Mydin

Dalam pada itu, ada juga netizen sempat berseloroh mengenai tayar pada troley ketika membeli belah yang ada antaranya lari susunannya.

‘Troley kasi servis ye dato. Kadang terkengkang-kenkang nak menolak troley’

Mydin

‘Haha auto kepala dan bahu aku ikut sama menari bila tengok. Kenapa tu’

Boss mydin

‘Ni ke admin Twitter’

‘Ni ke admin terhebat datuk tu? Salute’