“Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia…”, Farid Kamil Dedah Tiada Konflik Dalam Rumah Tangga?

Sponsored

Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle mengejutkan ramai dengan berita pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Difahamkan, Diana telah membuat permohonan cerai itu pada awal bulan lalu.

Permohonan itu juga dibuat kerana tiada persefahaman di antara dia dan suami dan berlakunya perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Namun Farid dilaporkan enggan melafazkan talak cerai terhadap Diana di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi ini.

Sponsored

Nafi ada konflik rumah tangga

Ketika dihubungi pihak media, Farid Kamil berkata dia berharap isu rumah tangganya ini dapat diselesaikan dengan jalan pendamaian. Disebabkan itu jugalah, dia enggan melafazkan talak cerai kerana masih sayangkan Diana dan dua anak mereka.

Farid juga menafikan wujudnya krisis di dalam rumah tangga dia dan Diana sehingga membawa kepada keretakan dalam hubungan mereka. Malah pelakon lelaki itu turut meminta untuk bertanyakan sendiri kepada Diana apakah masalah yang dimaksudkannya.

Sponsored

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia.”

Walaupun terpalit dengan isu rumah tangganya, Farid memberitahu emosinya sama sekali tidak terganggu buat masa ini dan dia kini sedang sibuk bekerja di lokasi penggambaran untuk mencari nafkah buat keluarganya.

Sponsored

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.”

Difahamkan, Hakim Syarie iaitu Shukran Yusof telah menetapkan pasangan ini untuk menjalani Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan keputusan Farid yang enggan melafazkan cerai. Permohonan tersebut akan ditetapkan semula pada 28 Mac yang akan datang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.