Bilal badan tegap & jalan lancar dipuji, “Cepatnya besar, macam baru je semalam Lofa beranak”

Sponsored

Sebut sahaja nama Bilal tentu ramai mengenali anak sulung kepada selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz. Sejak dilahirkan sehinggalah sekarang, Bilal atau Muhammad Bilal tidak henti-henti menjadi perbualan.

Malah sejak wajah Muhammad Bilal dikongsikan telatahnya sering tular di media sosial yang membuatkan peminat anak selebriti turut tercuit hati dan ‘geram’ melihat telatah comelnya yang sudah boleh berjalan.

Sponsored

Pun begitu, terbaharu gelagat Bilal sekali lagi menjadi perhatian namun apa yang paling netizen dan peminat tertumpu adalah apabila dapat melihat perkembangan anak selebriti ini yang sudah lancar berjalan.

Menerusi rakaman video pendek ini memaparkan Bilal yang menyelit dalam video Neelofa yang cuba menunjukkan produk terbaharu keluarannya namun tidak semena-mena Bilal datang mengusik Neelofa yang disapa ummi.

Sponsored
@seorangnur

Abang Bilal 😍 Pak Sheikh kecik ni geyamm lah. Moga Bilal membesar jadi anak soleh ❤️ Sayang dak tecik ni 🥹 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ Law `Ala Albi – Muhajir Lamkaruna

Namun begitu, menerusi rakaman video pendek dikongsikan itu tidak hanya telatah comel Bilal sahaja yang mencuri tumpuan ramai. Ini kerana, badan tegap Bilal juga menjadi perbualan mereka peminat anak selebriti yang mana caranya yang sudah boleh berjalan dengan lancar juga membuatkan ramai ‘geram’.

‘Kenapa rasa cepat gila Bilal besar. Hahaha…’

Sponsored

‘Wah setahun dua bulan dah, kejap je masa berlalu. Jalan pun gagah tengok’

‘Besar dan abang Bilal. Comel tengok abang Bilal…’

‘Geram lah kat Bilal. Jalan pun dah lancar’