“Mula-Mula Kes Poligami, Lepas Tu Pukul Perempuan Pulak, Kau Ni Memang Menyusahkan…”, – Farid Kamil

Sponsored

Pelakon Farid Kamil menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa kenyataan menyindir seseorang di Instagram Story. Menurutnya, individu berkenaan telah mengasari wanita sejak tahun 2005 sehingga 2020 namun tidak dikenakan sebarang tindakan.

Farid Kamil juga memerli individu itu yang dikatakan mempunyai watak anak munafik yang dipaparkan seperti di dalam filem dan diadaptasikan ke dunia realiti. Tambah suami kepada Diana Danielle ini, dia tidak berniat untuk mengungkit kisah lama sebaliknya hanya berkongsikan fakta mengenai individu yang dimaksudkan.

Sponsored

“Untuk rekod ya, dia yang memukul wanita bernama Diana pada tahun 2005, report tapi tiada tindakan…”

Perkongsian terbaru

Terkini, Farid Kamil sekali lagi menjadi bualan netizen dengan perkongsian terbaru yang dikongsikannya. Di dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Farid memerli seseorang dan meluahkan rasa berang dengan tindakan individu itu memukul wanita dan kisah poligaminya.

Sponsored

Tambahnya, individu itu hanya menyusahkan kaum lelaki dengan tindakan memalukannya itu. Dalam masa yang sama, Farid turut berseloroh meminta individu yang dimaksudkan itu bertukar menjadi binatang sahaja untuk memudahkan orang ramai.

“Mula-mula kes poligami kau. Lepastu pukul perempuan pulak. Kau ni memang menyusahkan lelaki la mat. Kau convert jadi binatang je la, senang mat Sol.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan oleh Farid Kamil di dalam hantaran tersebut. Sekadar info, pelakon Diana Danielle pernah membuat pendedahan di dalam temu bual bersama Amelia Henderson bahawa dirinya pernah menjadi mangsa pukul oleh bekas teman lelakinya semasa dia berusia 17 tahun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram