Ucapan Dari Keluarga Syifa Melvin Di Majlis Nikah Undang Pelbagai Emosi

Sponsored

Adik-beradik Melvins, yang terdiri dari beberapa gadis yang juga masing-masing mempunyai bakat tersendiri sememangnya cukup terkenal dengan keakraban mereka. Antara yang sering mencuri perhatian ramai adalah pelakon dan model, Syatilla Melvin.

Terbaharu, malam tadi telah berlangsungnya acara pernikahan dan persandingan antara Syifa Melvin dan suaminya, Safawi Rashid.

Sponsored

Acara tersebut nampak cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan teman rapat pasangan ini. Namun begitu, antara yang menjadi perhatian pada malam itu adalah sesi ucapan dari keluarga Syifa Melvin kepada pasangan ini.

Ternyata ucapan dari keluarga Syifa tersebut undang pelbagai emosi dari sebak hinggalah tertawa. Berikut adalah rakaman gelagat keluarga ini di majlis tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok:

Sponsored

Dalam perkongsian tersebut kedengaran yang memberi ucapan mengungkit pada majlis perkahwinannya, Syifa langsung tidak menangis.

“Wedding aku hang tak nangis kan? Kenapa aku nangis kat wedding hang?”

Sponsored

Sambil kamera tertumpu kepada pasangan pengantin yang sebak. Namun suasana bertukar kelakar bila si pemberi ucapan hilang kata-kata. Selain itu, turut kedengaran kata-kata yang selepas ini situasi mungkin berbeza.

Apa-apa pun keluarga Melvins sememangnya cukup rapat sehinggakan adik-beradik ini memiliki perniagaan bersama.

Sebelum ini video majlis malam berinai Safawi Rashid dan Syatilla Melvin tular di sosial media biarpun empunya badan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Sedar tak sedar dah selamat bernikah. Tahniah!