“Sumpah cantik nak mampus”- Ramai terpegun lihat Syifa Melvin

Sponsored

Selepas beberapa hari pasangan, pempengaruh Syifa Melvin dan pemain bola sepak terkenal Safawi Rasid menjadi bualan, akhirnya pasangan berkenaan telah disatukan pada malam tadi. Sebelum ini, timbul dakwaan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi namun terbukti semalam apabila ruangan media sosial juga dihujani dengan video mereka.

Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin ternyata turut viral di media sosial apabila dia tampil begitu jelita dengan tema busana di hari bahagianya pada malam tadi. Sekadar info, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sah bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz.

Sponsored

Sekali lafaz sah suami isteri

Majlis Syifa Melvin dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid itu difahamkan diraikan dalam majlis tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Selain majlis mereka yang dihadiri pihak keluarga dan rakan, tentu sahaja yang paling menarik adalah pengantin perempuan.

Sponsored

Syifa Melvin yang mengayakan busana menarik itu bagaimanapun membuatkan dia hangat dibualkan warganet apabila kecantikannya sangat terserlah. Adik kepada Syatilla Melvin ini nampaknya membuatkan ramai terpegun dengan kecantikannya pada malam tadi.

@uyaina

The beautiful bride @Syifa Melvin 🤍 #SyiFawi

♬ It’s All Coming Back To Me Now – JEENIE

Ramai terpegun tengok Syifa Melvin

Sponsored

Dalam pada ramai terpegun tengok Syifa Melvin, ruangan komen ternyata dihujani dengan pelbagai reaksi memuji kecantikannya yang membuatkan ramai akui sangat cantik.

‘Cantik sangat’

‘Sumpah cantik… yang ni memang cantik teruks’

Syifa

‘Sumpah cantik nak mampus…’

Syifa