Zizan Razak Tayang Lengan Berotot Buat Ramai Tak Percaya, “Gambar Editkan?”

Sponsored

Sebut sahaja nama Zizan Razak pastinya ramai yang terbayangkan lawak jenaka yang sering membuatkan peminatnya terhibur. Tak lekang dengan perangai ‘masuk airnya’, sehingga kini Zizan Razak masih menghiburkan ramai dengan gelagatnya.

Meskipun begitu, baru-baru ini satu perkongsian foto dengan paparan Zizan Razak tayang lengan berotot membuatkan ramai terkejut. Penampilannya itu sangat berbeza dari kebiasaan membuatkan ramai terpaku menyaksikannya.

Sponsored

Malah kapsyen yang dimuat naik oleh pelawak, pelakon dan penyanyi ini juga turut mencuri perhatian ramai. Berikut adalah tulisan selebriti anak kelahiran Terengganu ini:

“Hati hati dengan lengan yang bisa mengongcang hati para para janda dan dara” – Zizan Razak

Sponsored

Berikut adalah foto Zizan Razak tayang lengan berotot tersebut:

Terkejut juga dengan perkongsian terbaharu dari Zizan Razak ini. Tak sangka rajin buat badan juga rupanya pelawak dan penyanyi yang seorang ini!

Sponsored

Muat naik foto ini telah mencuri perhatian warganet dan rakan selebriti. Ada yang akui terkejut dengan perubahan penampilan Zizan Razak ini.

Malah tak kurang juga yang kagum dengan gaya terbaharunya itu. Apa-apa pun berikut adalah reaksi warganet dan rakan selebriti yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Alamak! Tengok body dia! Cam ne dia buat?”

“Gambar editkan?? sebab tiba2 sadoo”

“Wow letop Abang Zizan kite”

“Adakah ini gambar pada 1 tahun yang lepas?”