Kelmarin seluruh Malaysia dikejutkan dengan satu insiden yang mana pengunjung Fun Fair di Puncak Alam, Selangor yang tercampak dari permainan Sotong Ride. Insiden ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya akan tahap keselamatan di Fun Fair tersebut.
Terbaharu memetik laporan Harian Metro, difahamkan rupanya pengusaha tapak fun fair itu melanggar arahan sita. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata sitaan terhadap pengusaha tersebut dibuat selepas permit operasi tidak diluluskan pada 29 November lalu.
Rupanya bukan sahaja pengusaha Fun Fair degil beroperasi tanpa lesen, tapak tersebut juga tidak dapat kebenaran MPKS serta polis dan Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Selain dari itu, selepas insiden tragedi yang melibatkan kemalangan tiga pengunjung tersebut, abang kepada salah seorang mangsa telah berkongsikan keadaan adiknya.
“Adik saya fighter guys”
Dalam rakaman tersebut dapat dilihat keadaan adiknya yang bengkak di muka disorong ke dalam ambulans.
Difahamkan juga tempat hiburan ini diarahkan tutup serta merta dan diberikan notis kompaun kepada pengusaha Fun Fair degil tersebut. Kesalahan ini juga memperuntukkan denda maksimum Rm25,000 atau penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Mengimbau kejadian tragedi ini dilaporkan tiga mangsa tercampak dari Sotong ride di Fun Fair Puncak Alam Selangor ini. Kejadian tersebut membuatkan ramai terkejut dengan video ketika insiden tular di sosial media.