“Kenapa muka macam ada iras”- Muatnaik Zizan Razak buat ramai usik dengan Hawa Rizwana

Sponsored

Pengacara rancangan MeleTOP, Hawa Rizwana nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia digandingkan sekali lagi dengan pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak dirancangan tersebut sebagai hos jemputan mengantikan Nabil Ahmad.

Pada minggu lalu juga, Zizan Razak dan Hawa Rizwana digandingkan bagi mengendalikan rancangan MeleTOP dan nampaknya selepas mendapat respon positif penonton, mereka dilihat sekali lagi mengacara bersama. Terdahulu, Zizan Razak dan Hawa Rizwana pernah digosipkan bersama namun melihatkan sikap professional kedua-duanya membuatkan penonton memberikan reaksi positif.

Sponsored

“Alhamdulillah diberi peluang lagi. Semalam sangat fun dan best. Ketawa je. Harap penonton MeleTOP puas hati dengan gandingan kami,” tulis Zizan Razak dimana dia juga berkongsikan beberapa keping foto kepada peminat dan pengikut. Zizan Razak juga bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang mengacara MeleTOP.

Walau bagaimanapun, dalam pada perkongsian Zizan Razak yang memaparkan foto dia dan Hawa Rizwana nampaknya netizen sekali lagi mengusik keserasian mereka. Selain menerima ribuan tanda suka, netizen juga sempat meninggalkan pelbagai reaksi tentang foto-foto dikongsikan ini

Sponsored

Wajah dikatakan sama

Hantaran Zizan Razak yang memaparkan beberapa keping foto momen dia digandingkan dengan Hawa Rizwana itu membuatkan ramai mengatakan wajah kedua-dua pengacara tersebut dilihat sama dan sempat mengusik mereka.

Sponsored

‘Sepadan sangat ni Hawa dengan Zizan’

Zizan Razak

‘Muka nampak sama dah tu Zang’

‘Macam Pinang dibelah 2’

‘Kenapa muka macam ada iras’