Netizen Tanya Apa Perasaan Aidil Tengok Video Anak, Rita Dedah Rupanya Dah Kena ‘Block’ Pihak Sana

Sponsored

Macam yang semua tahu, pelakon Rita Rudaini sudah lama bergelar ibu tunggal dan menjaga dua orang anaknya sejak kecil. Baru-baru ini juga, Rita ada berkongsikan video ketika dia menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pulang ke asrama kerana sesi persekolah kembali dibuka.

Perkongsian itu turut membuatkan para ibu bapa dapat memahami perasaan sedih dan sayu ketika menghantar anak pulang ke sekolah asrama. Malah di ruangan kapsyen juga, Rita memberitahu selepas ini dia dan anak bongsunya pasti akan berasa sunyi di rumah.

Sponsored

Lagi-lagi kerana Rita sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kedua-dua anaknya itu selama ini. Video yang dimuat naik di akaun Tik Tok pelakon itu juga telah menerima lebih sejuta tontonan setakat ini di mana ramai yang berasa sebak melihatnya.

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji kecekalan Rita sebagai ibu tunggal yang begitu gigih membesarkan anak-anaknya seorang diri. Netizen turut mendoakan Rita diberikan kekuatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus menjaga anak-anaknya itu.

Sponsored

Susulan video yang dimuat naik ini, ada juga netizen yang tertanya-tanya apakah agaknya perasaan bekas suaminya melihat video anak-anaknya itu. Malah ada yang turut memetik nama Aidil Zafuan yang dilihat tidak pernah berkongsikan gambar atau video dua anak lelakinya ini.

“Takleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut naw, sampai mati dikejar bayang-bayang.”

Sponsored

Namun Rita mendedahkan sebenarnya pihak di sana telah ‘block’ akaun miliknya itu membuatkan sebarang konten dari akaunnya telah disekat dari tontonannya. Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada tahun 2013.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok