Rancangan MeleTOP bagaimanapun sekali lagi nampaknya mengandingkan pengacara, Hawa Rizwana dan pelakon terkenal, Zizan Razak. Kedua-dua selebriti ini terdahulu sering digosipkan bersama kerana dikatakan serasi oleh peminat sehingga acap kali juga diusik ramai.
Namun begitu, melihat pula gandingan Zizan Razak sebagai pengacara jemputan MeleTOP pada malam tadi bagi menggantikan Nabil Ahmad seketika membuatkan ramai penonton MeleTOP juga teruja kerana itu bukanlah pertama kali dan merasa seronok dengan perangai selamba Zizan Razak yang sering mencuit hati peminat.
Zizan Razak di MeleTOP
Walau bagaimanapun, Zizan Razak diruangan Instagram beberapa jam yang lalu membuat posting memohon maaf kepada semua. Zizan Razak di hantaran tersebut juga memuat naik dua keping foto yang memaparkan dia bersama, Hawa Rizwana yang baru-baru ini telah rasmi menjadi pengacara tetap MeleTOP.
“Maafkan saya jika ada salah silap ketika menjalankan tugas sebagai host MeleTOP tadi. Keadaan saya agak tidak berapa sihat tetapi saya cuba yang terbaik mungkin demi menjayakan show tadi. Thanks to you guys for support,” tulis Zizan Razak.
Peminat doakan Zizan Razak
Menjengah ke ruangan komen, selain peminat mendoakan kesihatan Zizan Razak, sempat juga peminat mengusik dia dan Hawa sekali lagi dengan pelbagai reaksi.
‘Thanks doakan abang’
‘Aiiyyyy, aku ingatkan majlis kahwin! Haha’
‘Bagai pinang dibelah 2’