Tular di media sosial semalam rakaman satu kejadian mendebarkan yang berlaku di dalam sebuah penerbangan. Menerusi video yang dimuat naik itu, berlakunya kekecohan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas gara-gara dua penumpang ini.
Difahamkan, dua penumpang itu telah diarahkan keluar dari pesawat selepas melakukan kekecohan. Pada awalnya, salah seorang dari penumpang itu kehilangan ‘headphone’ yang mungkin tercicir dan tidak berpuas hati sebelum menumbuk tempat meletakkan bagasi.
Tindakan penumpang itu kemudian dimaklumkan kepada ketua juruterbang di mana penumpang itu diarahkan keluar dari pesawat. Namun penumpang tersebut tidak berpuas hati dengan arahan tersebut dan bertekak dengan pihak keselamatan sehingga menyebabkan kelewatan sejam dua.
Dalam masa yang sama, dapat dilihat seorang pramugara cuba menerangkan kepada penumpang itu bahawa dia telah melanggar polisi keselamatan yang membuatkan dia perlu dibawa keluar pesawat. Suasana juga menjadi tegang apabila kedua-dua penumpang itu turut meninggikan suara dan enggan keluar.
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, kedua-dua penumpang itu adalah atlet MMA yang ingin ke Thailand untuk sesi latihan. Oleh itu, pihak keselamatan mengambil langkah berhati-hati untuk tidak mencetuskan provokasi dan menjaga keselamatan penumpang yang lain.
Kedua-dua penumpang itu akhirnya menyerah diri dan keluar dari pesawat namun salah seorang dari mereka sempat memberikan ugutan kepada penumpang lain yang memintanya keluar. Dia dilihat memberikan ugutan akan mencederakan penumpang tersebut sebelum meninggalkan pesawat.
Komen netizen
Perkongsian video yang tular ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya memuji tindakan yang diambil oleh kabin krew. Namun ada juga yang menganggap pihak keselamatan perlu lebih tegas dalam melayan kerenah penumpang seperti ini terutamanya selepas dia dilihat cuba mengugut penumpang lain.
“Kena ada SOP atau kena trained lagi bahagian security untuk handle benda-benda macam ni. Too soft.”
“Rasanya dah boleh tahan baju merah tu sebab ada unsur ugutan untuk bunuh.”
“Good job cabin crew tu sangat tenang tapi firm. Dalam hati menahan geram gak tu…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.