“Tang passport kena gunting tu”- Almy Nadia ‘warning’ Fizz Fairuz cuit hati ramai

Sponsored

Pasangan pelakon, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz sering diikuti ramai perkembangan mereka yang tidak hanya mencuri tumpuan di kaca televisyen malah dilaman Instagram milik kedua-dua selebriti ini juga mendapat perhatian umum.

Seperti diketahui, pasangan ini semakin bahagia dengan dikurniakan empat cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Aisyah yang masing-masing semakin membesar dengan sangat comel.

Sponsored

Bahagia dengan empat cahaya mata perempuan

Selain itu, buat yang tidak terlepas mengikuti perkembangan mereka di Instagram, mesti cukup kenal dengan perangai lucu Fizz Fairuz yang sering menghiburkan isterinya dengan gelagat yang mengundang Almy Nadia juga gelak besar.

Sponsored

Nampaknya dalam isu yang kini sedang hangat, pasangan suami isteri selebriti ini sempat bergurau yang lalunya mengundang tawa warganet juga dengan telatah mereka apatah lagi Fizz Fairuz yang sentiasa mencuba membuatkan isterinya itu tergelak.

Hantaran yang tular itu membuatkan peminat dan warganet turut terhibur dengan gelagat pasangan selebriti ini dan menerusi ruangan komen, ramai yang ‘hadir’ meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat rumahtangga pasangan ini dan dalam pada masa yang sama begitu terhibur menonton telatah lucu mereka.

Sponsored

‘Semoga Datuk dan Datin berbahagia hingga ke jannah. Suka tengok gelagat’

Almy Nadia

‘Suka tengok Datuk dan Datin, semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke jannah’

‘Fizz Fairuz ni bagus sentiasa buat isteri dan anak-anak tersenyum. Suka buat lawak, meriah rumah tangga’