Nampaknya penantian penonton Anugerah Juara Lagu yang ke 37 (AJL 37) semakin terasa apabila kelmarin telah diumumkan siapa selebriti yang bakal terlibat dalam pertandingan nyanyian popular itu dengan dinobatkan sebagai gelaran juara AJL37.
Anugerah Juara Lagu yang ke-37 itu difahamkan bakal menemui penonton dan peminat muzik tempatan pada 12 Februari ini. Pada tahun lalu, trofi AJL36 menjadi milik Pelukan Angkasa nyanyian daripada Shila Amzah dan SOG. Malah lebih membuatkan ramai teruja kerana Jihan Muse juga muncul di AJL37 nanti.
Umum sedia tahu, sebelum ini Jihan Muse telah berehat dan tentu sahaja kemunculannya di majlis sidang media AJL37, peminat dan warganet teruja melihat dia diumumkan sebagai hos. Nampaknya pada kali ini, Jihan Muse pula diberi peluang menghiburkan penonton AJL37 apatah lagi, dia bakal bekerjasama dengan pengacara, Sherry Alhadad.
Namun begitu, selain Jihan Muse kelibat penyanyi muda terkenal yang dikenali sebagai Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin turut menjadi perhatian ketika majlis tersebut berlangsung apabila dia turut naik ke pentas.
Perkongsian TV3 Malaysia itu bagaimanapun netizen turut menegur penampilan Iman Troye yang dilihat tidak sesuai dan dalam pada masa sama, penyanyi itu dipersoal kerana berpakaian sedemikian.
‘Apahal kena pakai macam tu’

‘Iman tengah angan-angan catwalk runway ka tu…’

‘Berpakaian seperti…’

