Kolobrasi Sofyank Dan Ryan Dalam Satu Video Dipuji, “World Class!”

Sponsored

Anak muda dikenali dengan nama Sofyank ini cukup popular dengan hasil kreatifnya dalam menghasilkan pelbagai video menarik. Pernah bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal, hasil kreativiti Sofyank dan rakan-rakan sering membuatkan ramai kagum.

Malah baru-baru ini sekali lagi Sofyank berkolobrasi dengan seorang Tiktokers yang kian meningkat namanya, Ryan Bakery. Projek tersebut telah pun dimuat naik menerusi akaun Instagram Sofyank96 baru-baru ini dan telah meraih perhatian ramai.

Sponsored

Jalan cerita video ini sangat ringkas, Ryan ke kedai untuk membeli barang namun tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan. Di situ muncul Sofyank yang memberitahu cara untuk mengetahui harga di kedai mana lebih murah.

Jom layan dulu video pendek lakonan dua anak muda, Sofyank dan Ryan seperti berikut:

Sponsored

Meskipun hanya video ringkas, namun lakonan Ryan sentiasa mencuit hati dengan gaya selambanya. Antara yang mencuri perhatian ramai adalah gaya Ryan naik motosikal dengan bahu senget ala-ala ronda di kampung.

Malah di akhir video, sempat Ryan menjeling membuatkan ramai perasan dan terhibur dengan gayanya itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui kagum dan terhibur dengan video pendek hasil lakonan Sofyank dan Ryan ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Memang next level punya iklan ni”

“Lempang jugak si Ryan ni kang. Haha”

“Iklan macam ni kita nak tengok Malaysia punya. Baru la letop”

“Ini baru content berkualiti tinggi – world class”

SumberSofyank96