Aaron Aziz Akui Tidak Lagi Terlibat Dalam Filem Syamsul Yusof, “Saya Bukan Tarik Diri Tapi Dibuang…”

Sponsored

Pelakon Aaron Aziz baru-baru ini menjelaskan dia tidak lagi terlibat di dalam filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof yang masih di dalam proses pembikinan. Menurutnya, dia bukanlah menarik diri dari produksi filem tersebut sebaliknya telah dibuang namun memilih untuk tidak berkongsikan sebabnya.

“Saya bukan tarik diri tapi dibuang.”

Sponsored

Jelas pelakon itu, dia tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai puncanya kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Namun dia mengesahkan tidak lagi terlibat di dalam filem tersebut seperti yang pernah dikhabarkan di media sosial sebelum ini.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu, tahulah.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Aaron Aziz turut ditanya oleh pihak media sama ada berlakunya perselisihan faham di antara dia dan Syamsul Yusof selaku pengarah filem tersebut. Walau bagaimanapun, pelakon itu enggan mengulas lebih lanjut buat masa ini.

“Selisih faham tu, yang faham tu faham jelah, yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.”

Sponsored

Walaupun kini tidak lagi terlibat di dalam filem tersebut, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk pembikinan filem itu. Di dalam perkembangan terkininya, Aaron Aziz kini membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Syafiq Yusof. Filem itu juga turut dibintangi oleh pelakon terkenal lain seperti Zul Arifin dan Syafiq Kyle.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak