“Hidupmu Hampir Hancur, Pulanglah Ke Pangkal Jalan…”, – Datin Patimah Titip Pesanan Buat Syamsul Yusof

Sponsored

Ibu kepada pengarah filem, Syamsul Yusof mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran di Instagram Story semalam. Menerusi hantaran itu, dia berkongsikan gambar muka depan sebuah akhbar yang memaparkan gambar anaknya.

Dalam masa yang sama, Datin Patimah turut memuat naik satu kenyataan yang menyentuh hati di mana ia seolah-olah ditujukan kepada anak lelakinya itu. Ibu pengarah filem itu menasihatkan anaknya untuk kembali ke pangkal jalan dan memberitahu mereka sekeluarga sentiasa menantikan kepulangannya.

Sponsored

“Hidupmu hampir hancur! Pulang lah ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mu, Allah juga Maha Pengampun.”

Hantaran yang dimuat naik itu turut disertai dengan lagu nyanyian penyanyi Indonesia, Opick yang berjudul Rapuh. Terdahulu, Datin Patimah dan suami menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi bagi kes pukul melibatkan menantunya Puteri Sarah.

Sponsored

Ini susulan keputusan Syamsul yang enggan melafazkan cerai dan menganggap masih ada sinar di dalam hubungannya dan isteri. Puteri Sarah kemudiannya tampil mengemukakan bukti baru di mana dia mendakwa pernah dipukul oleh suaminya itu sebelum dia membawa diri keluar dari rumah tersebut.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata. Konflik rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan empat tahun lalu apabila muncul orang ketiga yang dikatakan mengganggu pasangan itu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram