Pelakon Sophia Albarakbah sebelum ini menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara kontroversi yang berlaku di antara dia dan Aliff Aziz. Baru-baru ini, pelakon wanita itu mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka yang digelar sebagai Mr. Doktor.
Walau bagaimanapun, Sophia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya bersama lelaki yang dimaksudkan itu. Namun dia memberitahu kekasihnya itu bukanlah dari industri hiburan namun merupakan seorang doktor yang sudah lama dikenalinya.
“Bagi saya sendiri pun tak suka kongsikan terlalu banyak. Tapi, kalau dah kahwin nanti, saya akan perkenalkan kepada semua. Saya tak mahu mengulas panjang lagi mengenai perkahwinan buat masa sekarang. Yang pasti, doakan yang terbaik.”
Menurut Sophia, dia dan jejaka tersebut sudah lama mengenali satu sama lain malah kekasihnya itu cukup memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga adalah individu yang berada bersamanya semasa dia dilanda dengan kontroversi satu ketika dahulu.
“Kami dah lama kenal dan dia memahami kerjaya saya. Dia adalah antara orang yang sentiasa menyokong serta memberi semangat buat saya. Saya bersyukur sangat.”
Dalam masa yang sama, Sophia turut berharap orang ramai dapat berhenti mengungkit mengenai isu di antara dia dan Aliff Aziz. Jelasnya, kontroversi yang berlaku itu telah membuatkan emosinya terganggu gara-gara kecaman yang dilemparkan oleh netizen di media sosial.
Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan ada seorang pelakon wanita yang terlanjur menyukai suaminya selepas bergandingan bersama di dalam sebuah drama. Isteri kepada Aliff Aziz ini turut berkongsikan mesej yang dikirimkan oleh Sophia mengenai perasaannya terhadap pelakon lelaki itu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.