Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof, “Saya Mahu Berjumpa Dengannya Tapi Dia Menolak…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Aaron Aziz memaklumkan dia tidak lagi terlibat dengan filem Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, pelakon itu memberitahu dia enggan mendedahkan punca yang membuatkan namanya digugurkan dari filem tersebut.

Pelakon Soffi Jikan yang turut membintangi filem tersebut mengakui ada kemelut yang berlaku di antara Aaron dan Syamsul. Malah Soffi Jikan turut meluahkan rasa ralat apabila kedua-dua mereka tidak menyelesaikan kemelut itu dengan baik sehingga Aaron ‘dibuang’ secara mengejut.

Sponsored

Sedia berdamai dengan Syamsul

Terbaru, Aaron Aziz memaklumkan dia sedia untuk berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat pengarah itu datang sendiri berjumpa dengannya dan meminta maaf. Difahamkan, Syamsul tidak ada berhubungan dengan Aaron selepas namanya digugurkan dari filem tersebut.

“Saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, pelakon itu enggan mendedahkan punca perselisihan faham yang berlaku di antara dia dan Syamsul kerana ingin menjaga aib. Namun Aaron mengakui berasa kecewa apabila namanya digugurkan dari pembikinan filem tersebut.

Menurutnya, dia sudah berkerjasama dengan Syamsul selama 12 tahun sejak tahun 2010 dan tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Sekadar info, Aaron Aziz kini membintangi filem arahan Syafiq Yusof selepas ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam sebaik sahaja namanya dibuang dari filem Original Gangster.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.