Yusof Haslam Ambil Aaron Aziz Berlakon Selepas ‘Dibuang’Dari Filem Syamsul, “Ini Secara Kebetulan Sahaja…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Aaron Aziz memaklumkan dia telah ‘dibuang’ dari filem Original Gangster yang masih di dalam pembikinan. Namun dia tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai punca namanya digugurkan dari filem arahan Syamsul Yusof itu.

Walau bagaimanapun, Aaron difahamkan akan membintangi filem lain arahan Syafiq Yusof yang merupakan adik kepada Syamsul. Susulan itu, penerbit Datuk Yusof Haslam tampil menjelaskan mengenai pemilihan Aaron Aziz bagi menepis spekulasi yang mungkin timbul.

Sponsored

“Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.”

Menurutnya, ini semua berlaku secara kebetulan di mana pelakon itu menepati kriteria yang diperlukan bagi watak yang dicari bagi filem berkenaan. Malah Yusof Haslam juga menyangkal dakwaan pemilihan Aaron Aziz ini ada mempunyai kaitan dengan Syamsul selepas pelakon itu ‘dibuang’ dari produksinya.

Sponsored

“Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.”

Dalam masa yang sama, penerbit itu memberitahu dia tidak tahu mengenai kemelut yang berlaku di antara Aaron dan Syamsul. Namun dia menganggap mungkin ada salah faham yang berlaku di antara mereka dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Sponsored

Terdahulu, Soffi Jikan yang turut membintangi filem Original Gangster mendedahkan ada kemelut yang berlaku di antara pengarah filem itu dan Aaron Aziz. Malah dia turut meluahkan rasa ralat apabila kedua-duanya tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar