Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil dilaporkan berada di Mahkamah Syariah bagi sebutan kes tuntutan cerai. Difahamkan awal bulan lalu Diana Danielle memfailkan penceraian dengan alasan Shiqaq iaitu perbalahan secara berpanjangan.
Dihalang berjumpa anak-anak
Pengurus Farid Kamil, Azhari telah mengesahkan khabar angin ini. Selain itu Azhari turut mendedahkan pelakon lelaki ini turut dihalang bertemu anak-anaknya dan dihalang ke kediaman mereka.
Tambahnya lagi, pasangan pelakon ini sudah tidak sebumbung sejak awal Mac, namun tidak memperincikan sebab keretakan rumahtangga Farid dan Diana.
Diana Danielle ada hak..
Biarpun begitu, menurut peguam mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan anak guamnya ada hak untuk menghalang sesiapa pun mendekati rumahnya. Ini kerana kediaman tersebut dibayar sewa oleh Diana Danielle.
“Rumah itu disewa oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah itu”, ulas Peguam Syarie mengenai Farid Kamil dihalang pulang ke rumah.
Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan mengenai perkara itu selepas timbul dakwaan Farid Kamil dihalang pulang ke rumah dan bertemu anak-anak mereka.
Terdahulu, semalam di mahkamah Farid Kamil enggan melafazkan talak pada Diana Danielle kerana masih sayang akan keluarga yang dibina selama 11 tahun. Susulan itu, pasangan pelakon ini diperintahkan oleh Hakim Syarie, Shukran Yusof untuk menjalani Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).