Pelakon Puteri Sarah mendedahkan anak sulungnya, Syaikhul Islam yang baru berusia 6 tahun sudah mengetahui tentang kemelut rumah tangganya bersama suami. Difahamkan, Syaikhul telah menonton video mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi ibu bapanya itu di YouTube.
Jelas Puteri Sarah, anak sulungnya itu kemudian bertanyakan kepada Datuk Yusof Haslam mengenai perkara tersebut. Ibu bapa mentua Puteri Sarah itu akhirnya menjelaskan kepada Syaikhul tentang apa yang terjadi oleh kerana kanak-kanak itu terlebih dahulu tahu mengenainya dari internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Syaikhul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah’. Lalu Datuk dan Datin beritahu Syaikhul walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Syaikhul dan Sumayyah.”
Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai mentua yang begitu memahami dan sanggup menjelaskan kepada Syaikhul mengenai masalah yang dihadapinya. Malah mentuanya juga turut menyakinkan anaknya bahawa mereka akan tetap berada bersama cucu mereka walau apa pun yang terjadi.
“Syaikhul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.”
Terdahulu, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah dan menganggap masih terdapat sinar dalam hubungan mereka. Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian terpaksa mengemukakan bukti baru dan mendakwa pernah menjadi mangsa pukul oleh suaminya sebelum ini.
Datin Patimah, ibu kepada pengarah filem itu kemudian menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi bagi pihak Puteri Sarah. Difahamkan, dia juga adalah individu yang membantu menantunya keluar dari rumah selepas insiden dipukul itu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.