Janna Nick Dan Rakan Selebriti Hadir Majlis Ilmu, Ramai Puji Cantik Belaka – “Bidadari Dunia..”

Sponsored

Selebriti verstail dikenali dengan nama Janna Nick ini cukup popular dan memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah figura ini juga pernah mengeluarkan lagu dan berkebolehan sebagai seorang pengacara.

Sebelum ini imej tidak bertudung dan terkadang agak menjolok mata membuatkan netizen sering kritik penampilan Janna Nick ketika menghadiri acara yang menjemputnya.

Sponsored

Namun terbaharu Janna Nick memuat naik foto di Instagram bersama rakan selebriti wanita lain yang lengkap berhijab dan berjubah membuatkan ramai memuji penampilannya itu.

Berikut adalah muat naik oleh Janna Nick di media sosial mengenai aktiviti bersama rakan-rakannya itu:

Sponsored

Difahamkan koleksi foto Janna Nick dan rakan selebriti itu adalah ketika mereka menghadiri majlis ilmu sempena malam Nisfu Syaaban malam tadi. Menerusi perkongsian tersebut kelihatan beberapa wajah terkenal tanah air seperti Izara Aisyah, Kilafairy, Zara Zya dan ramai lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Janna Nick dan rakan-rakannya yang lengkap menutup aurat. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

Sponsored

“MasyaAllah cantikknya awak Janna Nick. Bahagia tengok gambar ni..Macam bidadari dah semuanya. Moga Allah makbulkan segala doa kita aminn”

“Masha Allah Janna bagusnya walaupun belum memakai tudung untuk rutin harian tetapi sudah pandai dan tahu menjaga aurat tangan dan kaki…”

“Alhamdulillah..Cantiknya bakal bidadari2 yang Allah ciptakan..Semoga dipermudahkan segala urusan amin”