Pakaian Ubai Di AJL37 Dikritik Selekeh, Netizen Tampil ‘Backup’, “Shila Pun Tak Bising, Ada Pula Orang Nak Bising…”

Sponsored

Walaupun telah melabuhkan tirainya semalam, kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-37 masih lagi hangat dibualkan di media sosial. Anugerah berprestij ini bukan sahaja dihadiri oleh para peminat penyanyi yang bertanding malah ramai juga rakan-rakan artis yang hadir memberikan sokongan.

Tidak ketinggalan, personaliti media sosial Ubai yang kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Shila Amzah. Semenjak status hubungan mereka dikongsikan, pasangan ini sentiasa menjadi perhatian ramai termasuklah penampilan Ubai pada malam AJL37 ini.

Sponsored

Ubai dilihat menghadiri malam AJL37 dengan penampilan ringkas apabila dia mengenakan baju berlengan panjang bersama jeans hitam. Namun penampilannya ini telah menerima kritikan dan dipanggil ‘selekeh’ oleh segelintir individu di Twitter.

Menurut individu itu, gaya yang dibawakan oleh Ubai ini kelihatan terlalu biasa dan tidak sesuai dengan majlis berprestij seperti AJL37 ini. Malah ada juga yang turut mempersoalkan ‘taste’ Shila Amzah yang memilih lelaki berusia 25 tahun ini sebagai kekasih pilihan hatinya.

Sponsored

Netizen tampil ‘backup’

Walaupun penampilannya menerima kritikan hebat, ada juga netizen yang tampil mempertahankan personaliti media sosial ini. Menurut netizen, Ubai bukanlah dari golongan selebriti yang perlu berhias seperti golongan artis yang lain dan hanya hadir untuk memberikan sokongan kepada kekasihnya yang bertanding.

Netizen turut meminta individu tersebut untuk tidak ‘busuk hati’ dengan orang lain kerana sekurang-kurangnya Ubai tampil dengan pakaian yang sopan dan kemas. Dalam masa yang sama, ramai yang memberitahu Ubai sebenarnya adalah lelaki yang berduit namun lebih selesa dengan penampilan sederhana.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter