“Adakah Dia Rindukan Saya…”, Puteri Sarah Beri Reaksi Andai Dapat Tahu Suami Masih Rindukannya

Sponsored

Pelakon Puteri Sarah baru-baru ini dilaporkan telah masuk ke hospital akibat terlampau penat selepas pulang bercuti di Dubai. Namun pelakon itu kini sudah kembali bekerja semula dan menjalani sesi penggambaran drama seperti biasa.

Terbaru, Puteri Sarah ada memuat naik sebuah perkongsian di Tik Tok semasa dia berada di sebuah set penggambaran. Di dalam video tersebut, pelakon itu bermain dengan filter soalan yang bertanyakan sama ada ‘si dia merindukan saya’ .

Sponsored

Pelakon itu kemudian menerima jawapan mengatakan si dia sememangnya rindu dan selalu terfikir mengenainya semasa berada seorang diri. Sebaik sahaja membaca jawapan tersebut, Puteri Sarah terus memberikan reaksi menyampah seakan-akan tidak suka dengan jawapan itu.

Reaksi isteri kepada Syamsul Yusof ini turut meraih perhatian ramai kerana pada awalnya pelakon itu dilihat tersenyum dan dalam mood yang baik. Namun jawapan yang diterimanya itu terus membuatkan Puteri Sarah berubah reaksi wajah sekaligus menarik perhatian netizen.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Puteri Sarah bakal menemui kebahagiaan yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam masa yang sama, ramai yang berharap urusan tuntutan cerai pelakon itu akan dipermudahkan pada tarikh sebutan pertama kes pada 7 Mac yang akan datang nanti.

“Takde maknanya dia nak rindu. Orang kalau dah dapat yang baru hmm.”

Sponsored

“Comel je jelingan tu. Siapakah jejaka itu? Mungkin…”

“Inilah yang dikatakan tawar hati. Sebelum ni bertahun menangis sedih bila sampai tahap tawar hati, no more feeling. Dah terlambat.”

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof susulan kemelut rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan sejak empat tahun lalu. Terdahulu, pengarah filem itu mengumumkan dia sudah berkahwin dua dengan Ira Kazar di sempadan Thailand.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok