Adam Shahz Jawab Isu Tak Datang Mahkamah, “Sebelum Komen Apa-Apa, Kaji Dan Dapatkan Maklumat Sahih…”

Sponsored

Pelakon Adam Shahz tampil menjelaskan punca mengapa dia tidak menghadirkan diri di mahkamah berhubung kes penjagaan anaknya bersama bekas isteri. Terdahulu, Fatin Afeefa meluahkan rasa kesal apabila bekas suaminya tidak hadir dan turut tertanya-tanya punca ketidakhadirannya.

Malah pelakon wanita itu juga turut berasa berang kerana bersusah payah hadir di mahkamah untuk kes penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia. Manakala bekas suaminya tidak menghadirkan diri di mahkamah sekaligus mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Sponsored

“Today, saya sepatutnya settlekan urusan anak untuk masuk ke sekolah semula pada hari ini. Sepatutnya. But here I am. I woke up early morning, drove all the way here only to find out orangnya no show. Alasan? Taktau.”

Tampil jelaskan

Di dalam perkongsian terbaru yang dimuat naik di Instagram, Adam Shahz memuat naik video penjelasan dari peguam syarie yang mewakilinya di dalam kes tersebut. Menurut peguam Liyana Sihar, ketidakhadiran anak guamnya tidak sepatutnya menjadi isu kerana Adam telah menghantar peguam untuk mewakilinya di mahkamah.

Sponsored

“Walaupun Adam tidak hadir, peguamnya masih hadir kerana ini adalah sebutan yang pertama dan ia adalah memadai. Adam sudah pun berwakalah dengan peguam, jadi peguam hadir ke mahkamah untuk meneruskan prosiding.”

Tambahnya lagi, ini juga merupakan sebutan pertama kes dan tidak menjadi masalah sekiranya Adam tidak hadir ke mahkamah memandangkan pihak peguamnya hadir untuk meneruskan prosiding. Di ruangan kapsyen, pelakon itu turut meminta orang ramai untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menuduhnya.

Sponsored

“Sebelum komen apa-apa, kaji dan dapatkan maklumat yang sahih.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram