“Kalau Begitu Tak Perlu Berdamai, Lepaskan Saja…”, Ibu Syamsul Yusof Minta Anak ‘Lepaskan’ Puteri Sarah

Sponsored

Konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya semakin berpanjangan. Semalam, pengarah filem itu telah mengadakan satu sidang media bagi memberikan penjelasan tentang beberapa perkara selepas sekian lama mendiamkan diri.

Antara yang dikongsikan di dalam sidang media itu ialah mengenai tuduhan Puteri Sarah yang mendakwa pernah dipukul oleh Syamsul sebelum ini. Selain itu, Syamsul turut mendedahkan isteri keduanya iaitu Ira Kazar yang akan menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mengeluarkan maklumat yang memberikan kesan negatif kepada mereka.

Sponsored

Respon ibu Syamsul Yusof

Sidang media yang diadakan pengarah filem itu turut menerima perhatian dari ibunya sendiri, Datin Patimah yang turut membalas kenyataan yang dikeluarkan Syamsul. Datin Patimah dilihat meninggalkan komen meminta Syamsul untuk melepaskan sahaja isterinya, Puteri Sarah dan tidak perlu lagi berdamai.

Komen yang ditinggalkan oleh ibu Syamsul Yusof ini juga turut menerima perhatian Puteri Sarah yang bersetuju dengan pendapat ibu mertuanya ini. Malah pelakon wanita itu turut meminta Syamsul untuk tidak memusing cerita dan melepaskan sahaja dirinya dengan cara baik.

Sponsored

“Oh tahu sakit? Begitulah juga rasa seorang isteri yang dicurangi, Allah itu Maha Adil. Kalau begitu tak perlu berdamai, lepaskan saja.”

Sebelum ini juga, Datin Patimah memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah selepas Syamsul memfailkan nusyuz terhadap isterinya itu. Ujarnya, mereka sudah mempunyai bukti yang kukuh dan mengatakan semua ini punca dari hasutan orang ketiga dalam rumah tangga anaknya ini.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram